Kerjaya muzik Liyana_Jasmay

Pada tahun 2009, Liyana memulakan kerjaya muzik[41] dengan mengeluarkan album EP sulung LJ,[42] pada 18 November 2009[43] menampilkan lagu-lagu seperti "Aku Tak Percaya Cinta" dan "Aku Jatuh Cinta". Beliau merupakan salah seorang artis di bawah payung syarikat rakaman Alibi Music yang baru ditubuhkan ketika itu.[44] Pada tahun 2011, Liyana melancarkan single bertajuk "Cinta Bersatu" hasil nukilan kumpulan Tilu, diikuti oleh "Jujur" pada 2013.

Pada tahun 2016, beliau melancarkan dua single dan video lagunya berjudul "Oh Na Na" dan "Selesa Tanpamu".[45][46] Mengulas mengenai dua single terbaharunya,[45] Liyana berkata, ia diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music Malaysia.[45] Dua single berkenaan dicipta komposer Alyph yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Sleeq. Serentak dengan pelancaran dua single berkenaan, dokumentari berdurasi 22 minit berjudul H Live! X LJ turut disiarkan di Astro.[45][47][48]

Rujukan

WikiPedia: Liyana_Jasmay http://www.harnas.co/2017/02/07/peruntungan-baru-l... http://www.budiey.com/drama-mini-ponti-anak-remaja... http://www.budiey.com/filem-sindiket/ http://www.budiey.com/trailer-dan-sinopsis-drama-l... http://galaksi-media.com/hiburan-ny-cinta-supertel... http://www.imdb.com/name/nm2885232/ http://www.limauais.com/sinopsis-filem-senjakala-l... http://www.liyanajasmay.com/ http://nurizspace.com/2013/09/ny-cinta-lakonan-bro... http://www.ohbulan.com/14-foto-terbaru-liyana-jasm...